Rabu, 29 September 2010

Penguasa kau bukan Penguasa Sebenar

kebenaran tetap benar
lupa seketika kita
lupa seketika mereka
lupa dan terus terlupa
asal tanah pulang ke tanah
asal debu pulang ke debu
asal diri pulang pada Al-Khaliq
ingat insan bernama manusia
ingat insan bernama kita
ingat insan bernama lelaki


kebenaran tetap benar
kita pulang dalam insaf
kita pulang bawa bekalan
kita pulang dalam resah
kita pulang kan dibawa pulang
kita pulang dalam rasa
kita pulang dalam sopan
kita pulang dalam ihsan
kita pulang jumpa tuhan
tuhan Maha Cipta
Maha Kuasa
Maha Besar.

sedarlah insan yang bergelar penguasa dibumi
sedarlah insan yang bergelar penguasa di penjara realiti
sedarlah insan yang bergelar penguasa di dimana mana
umurmu tidak kemana
matimu kian dekat.

Selasa, 28 September 2010

kita rakus bila berkuasa,harga diri entah dimana kau penguasa berjiwa besar kononnya,wajah ceria pendusta segala.alpa dalam kemabukan kata,luka terluka mencari keseronokan dunia,entahlah kemabukan itu hanya daki dunia,hartamu sementara jangan kau lupa tuhanmu
bernama ALLAH.

insan pulanglah dalam diam.sedar diri jangan takbur,kau marhain kecil disisi tuhan-Mu.
kekadang kita sering terlupa dan terlena,pasrah dibuai mimpi gelisah.entahlah kita insan marhain ini selalunya begitulah,lupa sebenarnya siapa kita dibumi ALLAH ini.sering dibuai mimpi menjadi perakus,pemabuk kuasa entahlah kita ini,dapat kuasa mabuk kuasa,menjadi penguasa yang lupa diri.
insaflah jangan berpura lagi.....

Ahad, 12 September 2010

LUPA KEMANUSIAN TERCALARNYA WAJAH KITA

rakus dalam diri
pertimbangan hilang
antara buta mata kita
atau buta mata mereka
sebenarnya kita tidak bersyukur
kita lupa asal keturunan
dari tanah akan pulang ketanah jua
hilang peribadi sebagai diri dan
kemanusian
entahlah mereka
lupa membaca sifat diri
lupa seketika siapa kita
antara ribuan manusia
ribuan kata
menusuk sukma.
bacalah dalam kitab suci
hayatilah isi kandungan
dari firman tuhan.

Khamis, 19 Ogos 2010

MENGERTILAH DENGAN BAHASA KAMI



(Buat Bapak Presiden MCA)

sebenar kita siapa didaerah ini
sebenar kita siapa ditanah semenanjung ini
jangan lupa sejarah ,mengalir darah merah
pembunuhan birch ada ikhtibar dari pengalaman
mengertilah dengan bahasa budi
mengertilah dengan bahasa kemakmuran ini
jangan lupa peribadi diri
jangan lupa sebenarnya kita siapa
jangan jadi petualang..

Rabu, 18 Ogos 2010

PENDERHAKA

(Buat Presiden MCA)
Halaman ini telah teruji
dalam getir dan prasangka
rumah waktu telah diduga
oleh kias dan bidalan
biasan menyegarkan minda
dari terleka
haruman mewangi melitupi
daerah kemakmuran ini
jangan kau pijak tanah semenanjung
dengan lagakmu
jangan kau pijak bumi bertuah dengan
sombongmu
kau lupa sejarah tanah melayu merdeka
kau lupa asal dan keturunan.

Selasa, 3 Ogos 2010

RUPA DARI KEJADIAN ITU,INSAFLAH MARHAIN

kenal diri dipintu-Mu
perjalanan menemukan
sejarah diri
asal diri
rupa diri
wajah kita
dihadapan waktu
rupa kita dihadapan
Tuhan.

buanglah dari kotor
hasad dengkimu
hasad irimu
kita hamba
kita insan
kerdil amat kerdil
sedarlah dari rupa
kejadian kita
tubat diri
zuhud sepertiga malam
dihalaman sepi
dalam bening
menemukan wajah kita
dihadapan ALLAH.