Khamis, 22 Julai 2010

AKU DIPINTU-MU

Andai malam mengerti bahasaku
terlukis tari rima perjalanan
menemukan makna dari cinta
cahaya terbias terhampar nikmat
dari resah ku gelisah dihadapan-Mu

Andai malam mengerti bahasaku
terlukis diri dipotret diri
telah telanjang aku diranjang malam
dalam sopan bersujud dalam berdoa
bertasbih buat-Mu

Andai malam mengerti bahasaku
ada marhain terluka dikamar sepi
ada jiwa gelisah dalam gundah

Isnin, 19 Julai 2010

BAHASA KEPADA DIRI

bahasa kata menyemai budi
bahasa kata menyemai kasih
bahasa kata menyemai sayang
bahasa kata menyemai diri
bahasa kata menyemai peribadi
bahasa kata menyemai naluri
bahasa kata menyemai rupa
bahasa kata menyemai makna
bahasa kata menyemai rupa bangsa
bahasa kata menyemai perjalanan
bahasa kata menyemai insaf narapidana
bahasa kata menyemai resah seorang marhain
bahasa kata menyemai sopan seorang hamba
bahasa kata menyemai sopan seorang lelaki
bahasa kata menyemai diri seorang lelaki ini

Jumaat, 16 Julai 2010

SELAMAT PAGI SATU MALAYSIA DALAM TARI IRAMA SIAPA

Berbudilah dalam bahasa
memperkasa minda
jujur dalam perjalanan
peradaban seorang melayu
mencintai diri
mewarnai kemulian bangsa
menghurai kekusutan silam
sejarah mengajar erti dewasa
mendaki permatang harapan
menongkah cerun pendakian
bina sejahtera malaysia
berdaulat
kita bina kemakmuran malaysia
cemerlang
dari landasan satu malaysia
terbilang dari iltilizam bangsa
nyahkan penderhaka
dan petualang bangsa.

Khamis, 15 Julai 2010

LIMA SEN

Nilai lima sen rosak susu sebelangga
apa dah jadi pak menteri
apa dah jadi realiti pasti menjadi
cakap harga tak naik
cakap harga gula tak naik
apa dah jadi pak menteri
dimana janji dulu
dimana pembelaan
entahlah bila pilihanraya
dihabis berbilion ringgit
entahlah
jangan tergadai maruah
dan harga sebuah negara.

FIKIRLAH DARI ORANG BERBAHASA

menyembunyikan kata-kata
perjalanan menemukan kebenaran
arah dan tujuan
kemakmuran adalah impian
kedamaian adalah harapan
kemurnian adalah naluri
dari insan orang berbudi
dari insan orang jauhari
sebenar kemana arah kita
sebenar kemana arah peribadi
kita atau pemimpin negara
wakil rakyat dan ahli parlimen
senator dilantik untuk agenda apa
adakah musang berbulu ayam
adakah sekadar berbincang kosong
jangan tergadai tanahair tercinta
jangan tergadai maruah negara
berfikrlah dari orang berbudi
berfikirlah dari orang berbahasa
berfikirlah dari orang berilmu.

Selasa, 13 Julai 2010

MENCARI DIRI

Kembali mencari diri
arah dan identiti
setelah ruang silam
usang
dari perjalanan dulu
getar bahasa
dalam resah
terpesona cinta
pada anugerah
milik maha kuasa
renung dalam diri
dalam diri
kita sebenar siapa

(sewaktu rindu itu bertandang aku jadi resah)

REALITI

Berbudilah dalam bahasa kita
Kemakmuran telah terhampar
Rahsia membuka ruang dari fikir
Seorang kita
Jangan kau lupa segala
Ruang ini bersyukurlah
Insan.

Isnin, 12 Julai 2010

JANGAN KAU LUPA ADUHAI PEMBINA RAHIB KECIL

pembina rahib kecil
jangan kau lupa
jangan kau berpura
lagakmu telah ku tahu
lagakmu telah kubaca
dalam firasat diri
licikmu mengatur segala
licikmu mengatur rasa
dari bicara seorang
yahudi.

Jangan kau lupa asal keturunanmu
kau bukan tuhaaaaaan
sedarlah.....
jangan kau bongkak
jangan kau lupa

DERITAMU PALESTINA SEPERTI LUKAKU

Deritamu Palestina seperti dukaku
deritamu Palestina seperti lukaku
deritamu Palestina seperti resahku
sepanjang tahun
siapa tempat ku mengadu
siapa tempat ku berkasih
siapa tempat ku bermanja
siapa tempat ku bercerita
dari keangkuhan zionis penuh cela
dari biadapnya yahudi memperkata hak mereka
dari biadapnya yahudi memperkotak katik negara kami
saban hari ada jiwa gugur dimedan jihad
saban hari ada anak anak kehilangan ibu dan bapa
entah sampai bila akan tamat sengketa ini
aduhai anak anak palestina bangunlah
pohonlah dari Allah agar di jahanamkan
yahudi laknat ini.

Ahad, 11 Julai 2010

CERMIN DIRI DI KELIR WAKTU

suara pagi lembut
ada resah dipintu kemakmuran
ada gelisah memaut sayang
ada payah terlukis digaleri realiti
terhukumkah mereka dalam rencam
dan gaya orang berbudi
kekadang kita lupa sendiri
asal dan keturunan
asal kita dari mana
asal kita dari apa
jangan kau lupa anak adam
jangan kau lupa wahai insan
pangkatmu tak kemana
lagakmu hanya pinjaman
dari maha kuasa
sudahlah insan
muhasabah diri
cari akar budaya
cari identiti kita
renunglah dalam diri
dalam melihat cermin
hayati...

MEMBINA RAHIB KECIL DIGELANGGANG REALITI

Bermain kata sandiwaranya licik
lagaknya hebat kata-kata penuh madah
nista segala ruang maya terlukis resah
nada lembut memaknakan cerita
bermain kata nista belaka
lagaknya hebat menjaja integriti
kosong semata dusta bak yahudi
membina rahib kecil menimbul ragu
membelenggu batas dan rupa
nada lembut mengubah haluan minda
akidah terpesong kau perosak segala.

PUISI BUAT IBU( BUAT IBUKU TEH MAIMUNAH BT ALANG DIN)

Ibu
kasihmu tiada terungkap dengan kata-kata
Ibu
adalah jiwa dari naluri penuh cinta dari kedamaian
bahasamu lembut mengajar erti dewasa
suci jiwamu merestui perjalanan hidupku

Ibu
jasamu tidak terbalas,mengasuh dan mendidik
sejak kecil
engkau tempat ku mengadu,kau ratu hatiku
susah senang berlinang air mata
kau ratu hatiku

Ibu
kata katamu adalag azimat masa depan
lirik bahasamu memberi semangat
lembut tanganmu membayangkan lembut
hatimu

Ibu
sinar matamu memancar warna kasihmu
melangkah sabar mengajar kami bertatih
membina ladang kesabaran
membina hamparan kehidupan masa depan

Ibu
kasihmu sepanjang zaman
kasihmu sepanjang waktu
pengorbananmu ibu
tiada nokhtah
tiada erti lelah
dari kamus
hidupmu

PANTUN BAHASA

Menyulam kata ruang bicara
Perkasa bahasa menyapa jiwa
Hidup membina rima sejahtera
Pasti bahagia penuh taqwa

Bahasa ibunda bahasa disanjung
Tetap mekar dipersada maya
Perjuangan kita tiada penghujung
Bahasa melayu tetap diperkaya

Bahasa kita penuh rasa
Jiwa kita budaya melayu
Hidup mulia penuh jasa
Agar dewasa dipuput bayu

PETUALANG

Berkias dalam berbudi
luhurnya dimana
antara berdendang
lagu merdeka
jujurkah sebenar
berkias dalam berbudi
tuluskah dari telusnya
pemberian
kau bagai petualang
kau dalang
tika tirai tahun baru
melabuh sepi
wajah siapa yang terpampang
antara simpang menara
kuala lumpur

Berkias dalam berbudi
berbahasa penuh rasa
masih keliru marhain
arus pembangunan
hak siapa
gedung besar pencakar langit
milik siapa
wajah siapa dilorong hanyir
wajah siapa dilorong kecil
antara makmur dan kemajuan
negara
kita tetap begitu,bahasanya resah
antara gelodak jiwa lukanya
masih terluka
siapa pembela marhain luka
tika tirai dua ribu sembilan
menutup bicara

Berkias dari berbudi
melukis citra sejarahnya
dimana
pesta membuka panggung sandiwara
temasya bertopeng antara
jujurnya siapa
hipokrit telah terpotret
dari agenda besarnya
berjuang kerana bangsanya
bahasanya berbudi mulia
tetapi petualang dari dalang segala
membakar amarah jelata

Berkias berbudi
pantun seloka
gurindam syair
mentera segala
slogan dimana-mana
kempen memupuk perpaduan
menyemai benih dari suburnya
bumi malaysia
marhain terpinga-pinga
jadi senggsara tiada arah
dan matlamat
kabur dalam upacara
nyatanya telah hilang
dalam satu negara

Sabtu, 10 Julai 2010

PESAN

Apalah sangat dengan harta atau pangkat,semua hanya pinjaman
semua hanya daki dunia,insaflah aduhai anak adam,jangan lupa Allah penguasa dunia
jangan termakan hasutan iblis durjana,kepada yang insan yang memakai topeng hipokrit atau memakai topeng apa apa pun sedarlah,kita insan yang daif dan naif.

BAHASA SEORANG YAHUDI

Bahasa seorang yahudi
membina daerah dan
tanah baru
sejahtera kau ragut
jadi kalut
kemerdekaan hilang
antara ledakan mortarmu
kemerdekaan punah
antara bedilan peluru
kau pijak hak pribumi
kau laknat
kau barua
kau licik
kau segalanya bernama
perosak

Nurnajwa

Anak kecil
bernama nurnajwa
kain putih dari suci
menemukan cinta
maha dari segala kekasih
bertandang membawa sinar
menghampar bahagia
nostalgia memberi makna
dari seribu sinar
dari segala kegembiraan
bersyukur pada maha kuasa
Allah pencipta segala
penguasa menguasai bumi
dari segala isi langit
anak kecil bernama nurnajwa
sinar mata cerdikmu mendatang
dalam harapan ayahmu
memahami segala dari rasa
memintal tali keimanan
dari raut wajahmu
anakku.

BAHASA DIRI

Bahasa siapa yang telah terkunci
antara perjalanan panjang
menemukan cinta sebenar
dalam bertafakur pada tuhan
indah dalam bahasa
kau kekasih.


MANUSIA TIADA RUPA

Berpura menjadi diri
berpura menjadi manusia
lagenda bangsa kehausan
waras fikir tergendala
itulah minda dari benak jiwa
luhur tiada
budi bicara entah dimana
tulusnya tiada mulus
telus hanyut dimamah usia
ego terpalit dikotak fikir

ANGKUHMU LELAKI ITU

Keikhlasan siapa
dari raut wajah
seorang peribadi
mencari sebenar
apakah tersembunyi
rahsia
angkuhmu terpotret
digaleri realiti

Keikhlasan siapa
dalam warna diri
lelaki itu
terhukum rasa
bongkakmu dari rakusmu
bernama diri
pulanglah kejalur
kewarasan
carilah peribadi diri
sebenarnya kita
siapa.

BAHASA

Bahasaku mengetuk pintu peribadi
bahasaku menyapa pintu kemurnian
bahasaku menyentuh kekalutan
bahasaku engkaulah bahasa pemudah cara
bahasaku engkaulah bahasa hakikat
bahasaku engkaulah bahasa keamanan
bahasaku engkaulah bahasa,bangsa orang berbudi
bahasaku engkaulah bahasa,bahasa orang berbudaya

INILAH BAHASAKU

Sejahtera kita membina bahasa
bahasa ibunda dijunjung mulia
tamadun bangsa dirapi dijaga
agar bangsa dipandang mulia
kita bina bangsa bermaruah
jiwa kita berbudi bahasa
jujur mulia sejahteranya segala
malaysia berdaulat
bahasanya penuh keramat

MUNAFIK

pintu sepi
lorong sunyi
jalan hitam
sufi hilang
antara nilai
dan kebaikan
semalam
terpalit setitik
kata
noda
katanya
jujurkah lidahnya
dari munafik jelir
lidahnya
berbicara hal orang
mengata aib orang
tuluskah sebenarnya
bercakap kebenaran
menuding jari
menyalahkan orang
sebenarnya siapa kita
dalam mewarnai
kemunafikan diri
wajahmu

rumah puisi

mengenang rindu pada puisi,angin rindu membuat ku resah.