Khamis, 15 Julai 2010

FIKIRLAH DARI ORANG BERBAHASA

menyembunyikan kata-kata
perjalanan menemukan kebenaran
arah dan tujuan
kemakmuran adalah impian
kedamaian adalah harapan
kemurnian adalah naluri
dari insan orang berbudi
dari insan orang jauhari
sebenar kemana arah kita
sebenar kemana arah peribadi
kita atau pemimpin negara
wakil rakyat dan ahli parlimen
senator dilantik untuk agenda apa
adakah musang berbulu ayam
adakah sekadar berbincang kosong
jangan tergadai tanahair tercinta
jangan tergadai maruah negara
berfikrlah dari orang berbudi
berfikirlah dari orang berbahasa
berfikirlah dari orang berilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan