Ahad, 11 Julai 2010

PUISI BUAT IBU( BUAT IBUKU TEH MAIMUNAH BT ALANG DIN)

Ibu
kasihmu tiada terungkap dengan kata-kata
Ibu
adalah jiwa dari naluri penuh cinta dari kedamaian
bahasamu lembut mengajar erti dewasa
suci jiwamu merestui perjalanan hidupku

Ibu
jasamu tidak terbalas,mengasuh dan mendidik
sejak kecil
engkau tempat ku mengadu,kau ratu hatiku
susah senang berlinang air mata
kau ratu hatiku

Ibu
kata katamu adalag azimat masa depan
lirik bahasamu memberi semangat
lembut tanganmu membayangkan lembut
hatimu

Ibu
sinar matamu memancar warna kasihmu
melangkah sabar mengajar kami bertatih
membina ladang kesabaran
membina hamparan kehidupan masa depan

Ibu
kasihmu sepanjang zaman
kasihmu sepanjang waktu
pengorbananmu ibu
tiada nokhtah
tiada erti lelah
dari kamus
hidupmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan