Sabtu, 10 Julai 2010

ANGKUHMU LELAKI ITU

Keikhlasan siapa
dari raut wajah
seorang peribadi
mencari sebenar
apakah tersembunyi
rahsia
angkuhmu terpotret
digaleri realiti

Keikhlasan siapa
dalam warna diri
lelaki itu
terhukum rasa
bongkakmu dari rakusmu
bernama diri
pulanglah kejalur
kewarasan
carilah peribadi diri
sebenarnya kita
siapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan