Ahad, 11 Julai 2010

CERMIN DIRI DI KELIR WAKTU

suara pagi lembut
ada resah dipintu kemakmuran
ada gelisah memaut sayang
ada payah terlukis digaleri realiti
terhukumkah mereka dalam rencam
dan gaya orang berbudi
kekadang kita lupa sendiri
asal dan keturunan
asal kita dari mana
asal kita dari apa
jangan kau lupa anak adam
jangan kau lupa wahai insan
pangkatmu tak kemana
lagakmu hanya pinjaman
dari maha kuasa
sudahlah insan
muhasabah diri
cari akar budaya
cari identiti kita
renunglah dalam diri
dalam melihat cermin
hayati...

1 ulasan:

  1. Tahniah tuan,
    teruskan menulis agar kelihatan lebih ganteng dan ganas.
    Selamat melempiaskan dendam yang membara.

    BalasPadam